Saturday, 24 July 2021

WAQAF DAN IBTIDA'

MENGENAL WAQAF DAN IBTIDA'



-permulaan-

Secara asasnya memang tidak dinafikan bahawa ramai ulama yang berbeza pendapat dalam menentukan bilangan dan nama-nama waqaf . Dengan ini kami cuba untuk menerangkan dan meringkaskan serba sedikit tentang tajuk WAQAF DAN IBTIDA' . 


 

 

-HUKUM-

 

 =Hukum belajar mengenai waqaf adalah WAJIB mengikut pendapat setengah ulama antaranya Imam Ibnu al-Jazari dengan dalil beliau:

 

1)Ucapan Saidina Ali karamallahu wajhah Ketika ditanya tentang makna tartil pada firman Allah Taala dalam surah al-Muzzammil : ayat 4 yang bermaksud, “Atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al-Quran secara tartil”

Maka beliau menjawab

“Tartil iaitu mentajwidkan setiap huruf serta mengetahui segala jenis waqaf

 

2)Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar radhiallahanhuma bahawa beliau telah berkata:

“Demi Allah bahawa sesungguhnya kami hidup pada satu masa daripada beberapa masa dan bahawasanya seseorang daripada kami telah diberikan iman dahulu daripada al-Quran manakala turun satu surah(ayat) atas Nabi Muhammad SAW maka kami belajar halalnya,haramnya,suruhannya,larangannya dan sesuatu yang  diwaqafkan daripadanya”.


-KELEBIHAN MENGETAHUI ILMU WAQAF DAN IBTIDA'-

(1)  Dapat mentafsir al-Quran dengan baik kerana dengan mengetahui waqaf dan ibtida ini seseorang itu akan dapat mengetahui hubungan sesuatu kalimah atau ayat dengan kalimah atau ayat selepasnya.

(2)  Dapat waqaf pada sesuatu kalimah itu dengan tepat dan betul,maka dengan ini menjadikan ayat yang dibaca itu lengkap maknanya.

(3)  Dapat ibtida bacaan dengan kalimah yang bersesuaian dan bertepatan dengan maknanya.


-IBTIDAI'-

Ibtida' (إبتداء) menurut:


- Bahasa : Bermula

- Istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana bernafas.

 (2)   Ibtida’ adalah pasangan bagi waqaf ,hukum belajar mengenainya adalah wajib mengikut pandangan sebahagian ulama’. Kata Imam Ibnu al-Jazari :

 

وبعد تجويدك للحروف          لا بد من معرفة الوقوف

والابتداء...........                          ....................

‘’Dan setelah kamu mentajwidkan setiap huruf (al-Quran) maka tidak dapat tidak (mesti) mengetahui akan segala waqaf dan ibtida’ “

 3)  Imam al-Sayuti mengatakan bahawa ibtida’ hanya berlaku secara pilihan (ikhtiari) (اختياري). Ibtida’ Ikhtiari terbahagi kepada dua bahagian iaitu jaiz dan ghair jaiz ;

 1)  Ibtida’ Jaiz (ابتداء جائز) (permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang dapat memberi faham akan maknanya serta tidak bersalahan dengan apa yang dikehendaki Alla Ta’ala. Contohnya firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nas : ayat 1

 

قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِۙ

 2)   Ibtida’ Ghair Jaiz (ابتداء غير جائز) (permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah makna yang dikehendaki. Contohnya ibtida’ dengan kalimah اِنَّ اللّٰهَ فَقِيْرٌ dalam surah Ali Imran : ayat 181 :

 

َلقَدْ سَمِعَ اللّٰهُ قَوْلَ الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّ اللّٰهَ فَقِيْرٌ وَّنَحْنُ اَغْنِيَاۤءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوْا وَقَتْلَهُمُ الْاَنْۢبِيَاۤءَ بِغَيْرِ حَقٍّۙ وَّنَقُوْلُ ذُوْقُوْا عَذَابَ الْحَرِيْقِ

 

 3)  Ibtida’ Jaiz (ابتداء جائز) (permulaan yang harus) terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tam,kaf dan hasan ;

 1)  Ibtida’ Tam (ابتدء تام) iaitu permulaan pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat sebelumnya dari segi makna dan I’rab. Contohnya firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah : ayat 6

ِنَّ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا سَوَاۤءٌ عَلَيْهِمْ ءَاَنْذَرْتَهُمْ اَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُوْنَ

(2)  Ibtida’ Kaf (ابتداء كاف) iaitu permulaan pada kalimah yang tidak mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat sebelumnya dari segi makna dan I’rab tetapi mempunyai hubungan dari segi makna. Contohnya firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah : ayat 7

خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۗ وَعَلٰٓى اَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَّلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ

(3)    Ibtida’ Hasan (ابتداء حسن) iaitu permulaan pada kalimah yang mempunyai hubungan dengan kalimah atau ayat sebelumnya dari segi makna dan I’rab. Contohnya firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah : ayat 8

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَّقُوْلُ اٰمَنَّا بِاللّٰهِ وَبِالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَۘ

 


 -WAQAF-

 

Waqaf (وقف) menurut:
- bahasa : Berhenti atau menahan.

- istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula.


-PEMBAHAGIAN WAQAF -

    >Waqaf Idtirari(terpaksa)

= Iaitu waqaf terpaksa(darurat) yang dilakukan oleh pembaca al-Quran kerana kehabisan nafas,terbersin,menguap dan sebagainya.

 

    >Waqaf Intizari(menunggu)

= Iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca al-Quran kerana membaca wajah qiraat yang lain daripada wajah-wajah qiraat yang diterima.


     >Waqaf Ikhtibari(memberitahukan)

= Iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara maqtu dan mausul,ithbat dan mahdzuf,menyoal dalam peperiksaan atau mengajar orang ramai.

 *biasa berlaku pada para-para ahli qiraat 


 

     >Waqaf Ikhtiyari(pilihan)

= Iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca al-Quran tanpa sebarang sebab yang tertentu.

+ Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada 4 bahagian :

                 -Waqaf Tam 

                 -Waqaf kaf

                 -Waqaf hasan

                 -Waqaf qobih 

                                          


-PENERANGAN BAHAGIAN WAQAF IKHTIYARI-


 

1) Waqaf Tam  (Wakaf yang diwajibkan berhenti)

 

iaitu mewaqafkan (memberhentikan) suatu bacaan secara sempurna, tidak terputus di tengah – tengah ayat atau bacaan. Sehingga tidak mempengaruhi makna dari suatu ayat yang tengah dibaca. Kerana tempat berhentinya tidak berkaitan dengan ayat atau makna sebelum atau selepasnya.

 

 Contoh waqaf Tam  terdapat dalam surat Al-An’aam ayat 20 : 





Di dalam Mashaf ia diberi tanda ( مـ ) untuk menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Tam. Menunjukkan semestinya waqaf pada kalimah itu dan waqaf yang sempurna untuk berehntikan bacaan .


  

2) Waqaf Kaf  (Berhenti Mencukupi)

 

 : Iaitu waqaf di satu kalimah yang sempurna maknanya tetapi masih mempunyai sangkut paut dengan kalimah selepasnya dari sudut makna bukan dari sudut lafaz. 

. Contoh Waqaf kaf terdapat dalam surat Al-Maaidah : 38



Menunjukkan waqaf pada satu kalimah itu lebih utama dari menyambungnya.

 

 

 3) Waqaf Hasan . (Waqaf yang baik)

Memberhentikan bacaan pada rangkaikata yang sempurna pada makna pada dirinya, tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata yang berikutnya. .

 Contoh Hasan terdapat pada surat Az-Zukhruf ayat 44 :


Waqaf hasan , menyambung bacaan terus adalah lebih baik .

 

4) Waqaf Qobih (Berhenti Tidak Elok) :

 

Iaitu waqaf pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.

Contoh Waqaf La Washal terdapat dalam surat An-Nahl ayat 32 :

 


tanda waqaf  "tidak boleh berhenti". Jika terdapat tanda waqaf ini di tengah ayat, maka tidak diperbolehkan berhenti. Tetapi jika tanda waqaf ini berada di akhir ayat maka diperbolehkan berhenti. 



-TAMBAHAN-

= Ada juga waqaf tambahan seperti:

 

1)      Waqaf jais (Berhenti Harus) :

 

 

 Ianya diberi tanda di dalam Mashaf (ج) untuk menunjukkan seorang pembaca al-Quran harus waqaf pada sesuatu kalimah itu ataupun terus menyambungkan bacaannya kerana waqaf padanya tidak sampai merosakkan makna ayat tersebut.

 

 Contoh waqaf jaiz terdapat pada surat Az-Zukhruf ayat 35 :


Waqaf tersebut boleh berhenti atau boleh diteruskan bacaannya.


2) Waqaf Ta'anuq  (Berhenti Berikat) :

 

Jenis waqaf ini ada di dalam ALQURAN RASM UTHMANI diberi tanda berhenti . ia menunjukkan apabila berhenti pada tanda bacaan yang pertama , maka tidak boleh berhenti bacaan pada tanda kedua .

Contoh Waqaf Ta’anuq  terdapat dalam surat Al-Baqarah ayat 2 : 



Cara bacaannya mesti berhenti di salah satu tanda tersebut .


-PENUTUP-

Demikianlah jenis-jenis waqaf dan pembahagiannya yang terdapat di dalam al-Quran . Semoga blog  ini  dapat  memantapkan ilmu dan mengenalkan kita lagi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kalamullah ini. Amin..




                       -THE END-

No comments:

Post a Comment

WAQAF DAN IBTIDA'

MENGENAL WAQAF DAN IBTIDA' -permulaan - Secara asasnya memang tidak dinafikan bahawa ramai ulama yang berbeza pendapat dalam menentukan ...